Bantahan Revolusi Yaman

Pembangkang meramalkan nasib Presiden Ali sebagaimana nasib Presiden Mesir dan Presiden Tunisia jika tidak memerangi rasuah. Ahli keluarganya menguasai tentera, minyak dan gas.[19]

Penunjuk perasaan berkumpul di Universiti Sana'a dan beberapa bandar di Yemen. Setakat ini mereka terdiri daripada golongan muda dan tiada gerakan besar-besaran.

Pada 14 Februari Presiden Ali Abdullah Saleh menangguhkan lawatan ke Amerika Syarikat.[20] Pasukan keselamatan menggunakan pagar berduri bagi menyekat kemaraan beribu-ribu pelajar dan peguam di Universiti Sana'a menuju ke Dataran Al-Tahrir. Laungan 'Selepas Mubarak, Ali' bergema.

Common Forum, perikatan kumpulan pembangkang Parlimen bersedia menyambung dialog kebangsaan. Draf perjanjian itu menyentuh tentang pembentukan kerajaan perpaduan, dialog dengan penyokong pemisahan Pergerakan Selatan, pemberontakan Syiah di utara Yaman dan nasib anggota pembangkang yang hidup dalam buangan. Turut serta ialah al-Islam, Parti Sosialis Yaman dan parti-parti kecil. Ali menekankan sebarang perubahan kerajaan hendaklah melalui undi sahaja, bukan melalui protes jalanan.[21]

Rujukan

WikiPedia: Revolusi Yaman http://english.peopledaily.com.cn/90001/90777/9085... http://www.cnn.com/2011/WORLD/meast/06/03/yemen.un... http://www.deseretnews.com/article/700137365/Yemen... http://www.france24.com/en/20110529-suspected-al-q... http://www.kansascity.com/2011/06/05/2927897/gunme... http://www.nytimes.com/2011/04/24/world/middleeast... http://www.nytimes.com/2011/06/03/world/middleeast... http://af.reuters.com/article/tunisiaNews/idAFLDE7... http://www.washingtonpost.com/world/middle-east/sp... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487044...